PENGLOKALISASIAN MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARI (SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS)
Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia Sustainable Development Goals (KRPPM SDG) telah melaksanakan projek perintis di 10 kawasan parlimen di 7 negeri seluruh Malaysia dengan tema menglokalisasikan Matlamat Pembangunan Lestari.
Alhamdulillah, #PermatangPauh sangat bertuah kerana telah dipilih sebagai lokasi projek perintis di antara 10 kawasan tersebut. Fasa pertama projek tersebut telah dilancarkan pada hari ini melibatkan kajian lapangan selama 3 hari bagi pemetaan isu-isu tempatan, peningkatan kesedaran dan pengenalpastian keperluan-keperluan serta aktiviti pengutamaan isu dijalankan pada masa yang sama.
Hari ini, kami telah melawat Ulu Sungai Perai, mengadakan dialog bersama wakil persatuan nelayan tempatan dan pesawah serta pekebun di Permatang Pauh sebelum melawat sawah padi serta kebun-kebun sayur.
InshaaAllah, malam ini meneruskan perjalanan program sembang santai bersama wakil wanita. Doakan agar usaha KRPPM SDG ini berjalan lancar!
#DemiPermatangPauh